PERUTUSAN PENGETUA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita diberikan kesempatan untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga sekolah yang sentiasa berusaha gigih dalam memastikan kecemerlangan sekolah terus dipertahankan. Kejayaan yang dikecapi hari ini merupakan hasil kerjasama erat antara guru, murid, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Pendidikan bukan sekadar medan menimba ilmu, malah merupakan wahana untuk membentuk sahsiah, jati diri dan kepimpinan generasi masa hadapan. Justeru, saya berharap agar semua murid terus berusaha dengan tekun, berani menghadapi cabaran serta sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Semoga segala usaha yang dilaksanakan akan membuahkan hasil yang membanggakan dan menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan amanah,

Ustaz Hj. Akbar bin Husain
Pengetua
SMAN Islamiah Papar